7 Kelebihan Memiliki Hibah Takaful Sekarang (Jangan Tunggu Sehingga Menyesal)

hibah takaful

Kongsikan post di

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter

Kesedaran mengenai hibah takaful kini semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat di Malaysia.

Ini berikutan terdapat banyak kempen pemasaran mengenai hibah di media sosial oleh ejen-ejen takaful. Ia sedikit sebanyak membuka mata orang ramai tentang kepentingan memiliki pelan ini untuk kesenangan kewangan masa depan.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan lebih lanjut tentang hibah takaful serta kelebihan memilikinya pada masa sekarang.

Teruskan membaca.

Apakah Itu Hibah Takaful?

Maksud hibah takaful merupakan gabungan dua perkataan yang mempunyai dua maksud yang berbeza.

Hibah bermaksud pemberian sesuatu yang dibuat secara sukarela oleh si pemberi kepada penerima.

Pemberian sedemikian dibuat atas dasar kasih sayang dan pemberi juga tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Untuk pengetahuan anda, pemberian ini boleh kepada sesiapa sahaja mengikut pilihan kita sama ada waris atau bukan waris.

Takaful pula bermaksud satu bentuk pelan pelindungan diri yang patuh syariah.

Jadi apabila digabungkan kedua-dua perkataan ini, ia bermaksud:

Hadiah yang berupa sijil takaful dengan jumlah tunai tertentu yang akan diberikan kepada penama tanpa wasiat dan tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemilik sijil takaful itu meninggal dunia. Penama hanya akan menerima pemberian wang tunai ini apabila pemilik sijil takaful itu meninggal dunia.

Hibah takaful mula diperkenal di dalam industri takaful setelah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diwujudkan.

Ciri-ciri Produk Hibah Takaful

hibah takaful

Terdapat beberapa ciri penting mengenai hibah takaful yang anda perlu ketahui:

  • Tempoh Sumbangan/Caruman

Ia bergantung kepada pilihan dan pelan yang anda pilih.

Sumbangan boleh dilakukan dalam tempoh 5, 10, 20 tahun atau Tempoh Perlindungan Penuh.

  • Sumbangan/Caruman Minimum Bulanan

Untuk pengetahuan anda, jumlah sumbangan minimum adalah hanya sekitar RM100 sebulan.

Sumbangan ini akan mempengaruhi jumlah yang akan disediakan oleh syarikat takaful.

  • Kelayakan Umur

Mereka yang berumur di antara 16 hingga 70 tahun layak untuk mencarum.

  • Tempoh Perlindungan

Tempoh perlindungan adalah selama 70 atau 80 tahun.

  • Jumlah Perlindungan Minimum

Penerima akan menerima jumlah minimum sebanyak RM100,000 dan ke atas.

Selain itu, terdapat juga manfaat perlindungan sakit kritikal dan manfaat hilang upaya kekal & menyeluruh.

Siapa Yang Perlu Memiliki Hibah Takaful?

hibah takaful

Terdapat beberapa golongan tertentu yang perlu memiliki pelan hibah takaful:

  • Para suami dan isteri.
  • Pasangan yang mempunyai anak angkat.
  • Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan saja.
  • Mempunyai anak lelaki lebih daripada anak perempuan.
  • Pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat
  • Ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya
  • Individu yang berkahwin semula
  • Anak yang masih menyara mak dan ayah
  • Bakal jemaah haji dan umrah
  • Mualaf yang ingin memberikan hibah kepada ahli keluarga yang bukan Islam
  • Ahli perniagaan yang bergantung penuh dengan pendapatan dari perniagaan.

7 Kelebihan Memiliki Hibah Takaful

hibah takaful

Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan hibah takaful, berikut adalah beberapa sebab dan kelebihan untuk meyakinkan anda untuk memiliki pelan ini.

  1. Penerima Mutlak

Apabila pemilik polisi meninggal dunia, penerima hibah yang telah ditetapkan akan mendapat segala manfaatnya kerana ia merupakan milik mutlak si penerima hibah.

Si penerima hibah atau waris yang namanya telah ditetapkan di dalam polisi itu tidak perlu risau kerana mereka akan menerima pampasan yang sepenuhnya dari syarikat takaful.

Ini berdasarkan peraturan Perenggan 13(2), Jadual 10 APKI 2013 yang menyatakan hibah takaful ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.

  • Dapat wang tunai dengan cepat

Tahukah anda duit pampasan boleh diperolehi oleh penerima hibah dalam tempoh 7-30 hari sahaja?

Tempoh ini adalah sangat pantas jika dibandingkan dengan proses mendapatkan surat kuasa pembahagian harta pusaka yang boleh memakan masa sehingga bertahun lamanya!

Hal ini akan memudahkan penerima ini untuk meneruskan kehidupan dengan menggunakan wang pampasan tersebut.

  • Boleh menukar nama penerima hibah

Pemilik polisi takaful bebas untuk menukar nama penerima hibah kepada orang lain pada bila-bila masa.

Contohnya, sebelum ini Ali meletakkan nama isterinya Aminah sebagai penerima. Namun, mereka kemudiannya bercerai.

Tidak lama selepas itu, Ali berkahwin dengan Salmah pula.

Kini, Ali boleh menukar nama penerima dari Aminah kepada isteri barunya Salmah.

  • Polisi tidak dibekukan

Hibah takaful sangat bermanfaat kepada isteri yang kehilangan suami kerana meninggal dunia.

Apabila meninggal dunia, polisi si suami tidak akan dibekukan seperti akaun bank, ASB dan sebagainya. Penerima yang telah dinyatakan di dalam polisi itu akan menerima hibah tunai seperti yang tertulis dalam polisi tersebut.

  • Boleh digunakan sebagai pengganti pendapatan

Duit pampasan hibah takaful boleh digunakan untuk menyara kehidupan selepas kehilangan orang penting dalam keluarga. Penerima akan menerima wang tersebut dan boleh menguruskannya dengan sebaik mungkin untuk keperluan keluarga.

  • Boleh dihibahkan kepada bukan waris faraid

Pemilik polisi takaful bebas untuk memilih sesiapa sahaja untuk menjadi penerima hibah takaful.

Contohnya, jika pemilik polisi mempunyai anak angkat, dia boleh menjadi penerima di dalam polisi takaful tersebut.

  • Tiada kos guaman/tersembunyi

Penerima akan menerima jumlah manfaat perlindungan takaful seperti yang tertulis di dalam polisi takaful tersebut.  Sebagai contoh, jika polisi anda bernilai RM500,000, ini bermakna penerima anda akan menerima amaun RM500,000 tanpa perlu membayar apa-apa kos untuk menerima wang tunai ini.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, hibah takaful mempunyai banyak kelebihan untuk anda dan orang yang tersayang pada masa akan datang.

Kita tahu bahawa hidup dan mati merupakan ketentuan Ilahi. Oleh sebab itu, kita perlu membuat persediaan untuk membantu keluarga untuk meneruskan kehidupan dari segi kewangan apabila kita meninggal dunia.

P.S Adakah anda risau dengan pengurusan kewangan anda untuk perancangan masa depan?

Biar myhibah.com.my membantu merancang perlindungan kewangan untuk diri dan keluarga anda.

myhibah.com.my menawarkan perkhidmatan rundingan bagi pelan pengurusan kewangan seperti:

  • Hibah Tunai
  • Perlindungan Pendapatan
  • Kad Perubatan Tanpa Had

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami hari ini.

artikel selanjutnya...

Perlukan Info Lebih Lanjut?

Tempah Temujanji Anda Sekarang.

Scroll to Top
Open chat
Powered by Myhibah
Hi, Perlukan Bantuan?