12 Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Selain i-Lestari (Yang Ramai Tak Tahu)

pengeluaran kwsp

Kongsikan post di

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter

Pengeluaran KWSP merupakan isu yang hangat dan merupakan salah satu agenda utama dalam pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Situasi COVID-19 pada ketika ini juga telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia semakin terdesak kerana hilang punca pendapatan. Jadi, Belanjawan 2021 juga telah menyatakan bahawa pencarum yang telah kehilangan pekerjaan akan dapat mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 1 KWSP kelak.

Namun, tahukah anda sebenarnya selain i-Lestari, terdapat lebih daripada 10 jenis pengeluaran yang ditawarkan oleh KWSP?

Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan lebih lanjut tentang jenis-jenis pengeluaran KWSP yang anda perlu tahu.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang KWSP?

cara pengeluaran kwsp akaun 2

KWSP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan pelan wang simpanan wajib dan perancangan persaraan.

Setiap syarikat dikehendaki mencarum di KWSP untuk kakitangan atau pekerjanya dan menyerahkan jumlah caruman kepada KWSP sebelum hari ke 15 bulan berikutnya.

Kegagalan mengemukakan dalam jangka waktu yang ditetapkan akan dikenakan penalti lewat yang dikenakan oleh KWSP.

Pihak KWSP akan menggunakan dana simpanan ini untuk membuat pelbagai jenis pelaburan dan menambahkan lagi simpanan pencarum

Bilakah anda boleh keluarkan wang simpanan dari KWSP? 

Kebiasaannya, pada umur 50 tahun, anda boleh keluarkan sebahagian simpanan sehingga 30% daripada jumlah simpanan anda di KWSP.

Kemudian, apabila anda berumur 55 tahun, anda akan dapat membuat pengeluaran penuh simpanan anda dari KWSP.

Jadi, KWSP ini merupakan bantuan persediaan untuk bersara suatu hari nanti.

Namun, ada juga kes-kes khas seperti kehilangan upaya yang akan membenarkan penyimpan mengeluarkan wang simpanan KWSP dengan lebih awal.

Jenis-jenis Pengeluaran KWSP

pengeluaran kwsp

Anda mungkin tahu terdapat dua jenis pengeluaran KWSP iaitu pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh.

Pengeluaran Sebahagian

Anda boleh mengeluarkan wang simpanan anda untuk tujuan-tujuan tertentu.

Kelayakan untuk membuat membuat pengeluaran sebahagian adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganega Malaysia.
  • Berumur 50-54 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  1. Pengeluaran Wang Pada Umur 50 Tahun

Apabila anda mencapai umur 50 tahun, anda boleh keluarkan sebahagian simpanan anda dari Akaun 2.

  1. Bina atau Beli Rumah

Jika anda mahu membina atau membeli rumah, anda boleh membuat pengeluaran KWSP.

Ini akan membolehkan pencarum KWSP untuk mempunyai sekurang-kurangnya sebuah rumah milik mereka sepenuhnya apabila bersara nanti.

Perkara penting sebelum membuat permohonan ini adalah anda perlu pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.

  1. Perumahan Fleksibel

Ini membolehkan pencarum KWSP untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli rumah.

Pengeluaran akan dibuat dari Akaun 2 pencarum KWSP dan dimasukkan ke dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel.

  1. Pendidikan

Pengeluaran ini boleh dibuat melalui Akaun 2. Oleh itu, anda perlu mempunyai simpanan yang mencukupi dalam Akaun 2.

Jika anda memerlukan wang untuk menampung yuran pengajian anak di IPT dalam ataupun luar negara, anda juga boleh membuat pengeluaran.

  1. Kesihatan 

Ini dapat membantu pencarum KWSP untuk membiayai kos rawatan seperti penyakit kritikal.

Pengeluaran ini boleh dibuat melalui Akaun 2 dan ini bermakna anda perlu ada simpanan dalam Akaun 2.

Anda juga kena pastikan umur anda belum mencapai 55 tahun.

  1. Haji

Pengeluaran ini hanya akan menampung perbelanjaan asas untuk mengerjakan Haji sahaja.

Kos lain atau tambahan perbelanjaan keseluruhan semasa mengerjakan Haji tidak akan ditanggung.

  1. Simpanan Lebih 1 Juta

Akaun simpanan anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1.05 juta untuk melayakkan anda untuk membuat pengeluaran ini.

  1. i-Lestari

Ini merupakan pengeluaran wang dari simpanan KWSP yang baru diperkenalkan kerajaan semasa PKP baru-baru ini.

Pencarum KWSP kini boleh mengeluarkan RM500 dari Akaun 2  sepanjang tempoh 12 bulan.

Pengeluaran Penuh 

Seterusnya, pengeluaran penuh adalah di mana pencarum KWSP boleh mengeluarkan jumlah simpanan mereka untuk situasi berikut.

  1. Pengeluaran Umur 55 Tahun KWSP

Apabila anda mencapai umur 55 tahun, anda sudah boleh membuat pengeluaran penuh.

  1. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ini juga dikenali sebagai Akaun Emas. Seperti yang anda tahu, umur persaraan minimum adalah 60 tahun.

Pengeluaran ini merupakan peluasan kepada pengeluaran umur 55 tahun.

  1. Hilang Upaya

Pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran ini jika tidak lagi berupaya dari segi mental atau fizikal.

Dengan kata lain, apabila seseorang itu kehilangan keupayaan fungsi utama secara kekal.

Untuk mengeluarkan simpanan ini, antara syarat utamanya adalah pencarum itu tidak lagi bekerja semasa memohon.

Selain itu, pencarum masih belum mencapai umur 60 tahun semasa tarikh permohonan.

  1. Meninggalkan Negara

Untuk memohon pengeluaran ini, seorang warganegara Malaysia itu perlu melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke lain.

Bagi yang bukan warganegara pula, pencarum tersebut perlu berhenti bekerja dan akan meninggalkan Malaysia.

  1. Pekerja Pencen dan Pesara Pilihan

Ini pula bagi pencarum KWSP yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam.  

  • Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja
  • Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)
  • Pekerja sektor awam taraf JPA
  • Pekerja dalam Pertahanan dan sebagainya.
  1. Kematian 

Jika pencarum KWSP itu telah meninggal dunia, waris terdekat boleh membuat pengeluaran penuh bagi pihaknya.

Selain itu, dalam pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini, pihak kerajaan juga berhasrat untuk membenarkan pengeluaran Akaun 2 untuk pencarum KWSP mencarum dalam perlindungan insurans, takaful hayat dan penyakit kritikal. 

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, KWSP merupakan simpanan yang akan memberi manfaat kepada kita apabila tiba masanya nanti.

Untuk pengetahuan anda, ada juga cara-cara lain selain menggunakan wang di KWSP untuk anda mewujudkan simpanan tunai bagi masa-masa kecemasan di masa depan.

Anda risau dengan pengurusan kewangan anda untuk perancangan masa depan?

myhibah ada untuk anda!

Di sini kami menawarkan perkhidmatan rundingan bagi pelan pengurusan kewangan seperti:

  • Hibah Tunai
  • Perlindungan Pendapatan
  • Kad Medikal Tanpa Had

Untuk maklumat yang lebih lanjut, tekan di sini untuk pihak myhibah membantu anda!

artikel selanjutnya...

Perlukan Info Lebih Lanjut?

Tempah Temujanji Anda Sekarang.

Scroll to Top
Open chat
Powered by Myhibah
Hi, Perlukan Bantuan?